Friday, 11 January 2013

HATI.. hati ni kita tak bole nak jangka. maksud tak bole nak jangka ni mcm tetiba kita rasa sayang. kita rasa benci. ye..memang betul semua tu perasaan. tapi perasaan to come from hati jugak kan? even perkataan 'sakit hati' 'terasa hati' 'hati berbunga bunga' 'hati keras' and semua perkataan hati sangat la familiar di sebut dikalangan insan insan yang bergelar hamba Allah.

macam mana boleh terdetik nak cerita pasal hati ni sebab lately ni rasa macam hati dia ni sangat SAYU sangat LEMBUT. tak tau kenapa. sikit sikit nak NANGIS. even dengar lagu yang sayu sayu pun bole buat nangis. tengok cerita Setia Hujung Nyawa takyah cakap laa. since episod ersalina da kantoi tu, memang madah nangis je la kan. hehehe. HATI TERASA SEPERTI TISU :p

kenapa kita ada perasaan semua ni? actually perasaan sayu ni muncul dalam diri dia bila dia selalu sangat terkenangkan orang orang yang dia SAYANG. yesss! orang yang dia sayang banyak menjatuhkan air mata dia sebenarnya. macam macam sebab yang bole buat dia nangis daripada orang yang dia sayang.

ada yang buat dia nangis sebab dia terlalu terharu dengan kata kata orang yang dia sayang. bila orang yang dia sayang kata "study bebetul. im sure awak akan dapat dean lagi" sambil usap pipi dia. ye memang nampak macam  nothing. tapi bagi diri dia, kata kata tu, perbuatan tu menunjukkan yang diri dia sangat disayangi dan dihargai. siapa yang tak seronok bila rasa diri dihargai kan. there'll be a moment yang bila kau rasa seronok tapi dalam masa yang sama, kau jugak rasa nak menitiskan air mata tu. masa tu la HATI mula mainkan peranan dan ia dinamakan sebagai TERSENTUH HATI.

macam ni kot TERSENTUH HATI (:

ada jugak yang buat dia menangis bila dia tau orang yang dia SAYANG orang yang dia CINTA, ada ORANG LAIN. perasaan menangis kali ni datang dari HATI YANG TERLUKA. hati kalau da terluka memang sakit kan. macam mana kita menangis kalau anggota badan kita luka dan sakit? rasanya lagi teruk menangis kalau luka hati yang tak nampak kan? luka yang tak nampak tu lah luka yang paling sakit sahabat :') sebab luka tu MAKAN DALAM. luka yang sangat susah nak dirawat. kita tak bole nak keluarkan hati kita pastu letak ubat gamat sikit, pastu balut dengan plaster then masukkan balik. tak mungkin kan? so kita memang kena amek masa yang sangat lama untuk pulihkan hati yang luka. dalam masa yang sama, kita pun kena cari penawar hati dari ALLAH S.W.T (:


cukup sampai sini entry kedua ni. JAGALAH HATI (: -diaadacerita-


2 comments:

  1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki, Berdoalah kepada Allah s.w.t semoga hati anda tabah senantiasa.
    _Mr.s_

    ReplyDelete

Followers